Sejak kebelakangan ini, cuaca sangat panas dan kering, terutama tempat ibu tinggal (Shah Alam) ditambah pula keadaan yang berjerebu. Anak-anak ibu asyik demam dan batuk sejak akhir-akhir ini. Mungkin disebabkan terdedah dengan cuaca yang tidak menentu. Daripada pembacaan ibu, El-nino terjadi disebabkan pemanasan lautan terutama di Pasifik tengah dan timur serta dikaitkan dengan cuaca luar biasa seperti kemarau berpanjangan. Di Asia Tenggara, cuaca lebih kering daripada normal. (Patutlah panas je sepanjang hari). Manakala jerebu pula terjadi daripada partikel atau zarah yang tidak nampak oleh mata kasar yang terampai di atmosfera dalam kepekatan yang tinggi sehingga menjejaskan penglihatan kita.Jerebu berlaku disebabkan oleh pencemaran udara seperti asap kenderaan dan pembakaran terbuka yang boleh memberi kesan kepada sistem pernafasan.
Dalam menghadapi cuaca yang tak menentu ini, ibu cuba untuk memastikan kesihatan anak-anak ibu pada tahap yang terbaik dengan mengamalkan:
- Minum air yang banyak (untuk pastikan anak-anak tak dehidrat)
- Kurang bermain di luar dan terdedah kepada panas (elak terkena strok haba)
- Makan banyak buahan (terutama yang banyak air seperti tembikai)
- Pakai pakaian yang bersesuaian dan selesa
- Mandi bila terasa terlalu panas pada siang hari (anak ibu mandi 3 kali supaya segar)
- Makan suplemen seperti vitamin untuk kuatkan imunisasi.
Walau bagaimanapun, bagi baby ibu yang kecil, senang sikit sebab fully breastfeed. Jadi ibu yang kena makan makanan berkhasiat dan penuh nutrisi untuk pastikan susu ibu berkualiti dan penuh antibodi yang membantu tingkatkan imunisasi baby ibu. Anak ibu kurang diberi ubat sekiranya demam atau batuk, sebab ibu selalunya cuba untuk biarkan antibodi dalam badan anak untuk melawan penyakit terlebih dahulu tetapi sekiranya terlalu teruk dan berterusan barulah ibu dapatkan konsultasi doktor perubatan.
Alhamdulillah baby ibu yang kecil jarang demam, cuma kadang-kadang dijangkiti batuk dan selsema daripada abg long dan kak ngah sahaja.
Bagi ibu-ibu mithali di luar sana, sama-samalah kita memastikan anak-anak kita sihat dan cergas walaupun keadaan cuaca yang tidak menentu melanda negara.
OK SYS.
No comments:
Post a Comment