Friday, 27 June 2014

Mencari Pengasuh Anak...

Assalamualaikum..

Ibu hantar baby ibu yang paling kecil comel ke rumah pengasuh sejak umur dia 2 bulan. Ibu tidak pula hantar ke nursery sebab anak ibu masih kecil dan amat memerlukan perhatian. Tapi baru-baru ni, pengasuh mahu berhenti  sebab alahan teruk mengandung. Maka terpaksalah ibu cari pengasuh baru untuk baby ibu. Mencari pengasuh yang sesuai dan selamat amatlah penting sebab seharian kita tinggalkan anak kita di bawah jagaan pengasuh.

Ibu selalunya akan titik beratkan perkara seperti di bawah ni:

1.Pertemuan pertama ibu dan pengasuh. Pergi ke rumah pengasuh dan tengok keaadaan rumahnya. (Kemas dan bersih amat diutamakan. Tempat untuk anak kita membesar)

2. Keserasian antara ibu dan pengasuh. Bercakap-cakap perihal anak kita dan cara-cara menjaganya (Tengok reaksi pengasuh sama ada dia selesa dengan perihal anak kita. Sebab anak ibu minum susu ibu, maka penjagaan anak yang fully breastfeed adalah bebeza. Jangan lupa ambil kira instinct kita sebagai ibu)

3. Cara pengasuh menjaga dan mengawal anak sendiri. (Daripada cara pengasuh jaga anaknya sendiri kita dapat tengok kecekapan dia mengasuh dan layanan yang dia berikan kepada anak-anak kecil)

4.Pendapat kawan/ jiran tetangga pengasuh. (Kalau bekesempatan, bercakap-cakaplah dengan kawan/jiran pengasuh bertanyakan pendapat mereka terhadap pengasuh tersebut. Tapi jangan terlalu percaya 100% kalau perkara-perkara negatif yang disebutkan. Cuba siasat dulu.)

5. Situasi hari pertama anak di rumah pengasuh. (Ringankan mulut untuk bertanya keadaan anak pada hari pertama kita menghantar anak ke rumah pengasuh untuk pastikan pengasuh dapat meluahkan atau bertanya perihal anak kita yang mungkin tidak difahami oleh pengasuh. Selalunya pengasuh yang mahir tidak mengadu kepada ibu bapa tetapi cuba memahami anak kita dan mengawal keadaan. Nasib baiklah anak ibu tak banyak karenah.)

6. Hubungan yang baik dengan pengasuh. (Bukanlah sampai tahap mengampu pengasuh tetapi sekurang-kurangnya dengarlah pandangan pengasuh dalam perihal menjaga anak dan hargai kudrat pengasuh dalam mengasuh anak kita. Lagi baik jika sekali sekala kita beri hadiah/ buah tangan kepada pengasuh.)

7. Penuhi keperluan pengasuh.(Cuba lengkapkan keperluan yang diminta oleh pengasuh sebagai contoh anak ibu yang minum susu ibu, maka pengasuh perlukan warmer untuk panaskan susu ibu dengan cepat. Pengasuh juga mungkin perlukan tilam dan bantal yang lebih untuk tidurkan anak kita dengan lebih selesa)

8. Tawakal dan Berdoa.(Letakkan pengharapan kita kepada Allah setelah berusaha. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui)

Walau bagaimanapun, ibu-ibu yang mengasuh dan mendidik anak-anak sendiri adalah yang terbaik. Bagi ibu bekerjaya, semoga kita cemerlang dalam mendidik anak-anak. Amin.

OK SYS.

Thursday, 12 June 2014

Musim Demam Campak

Assalamulalaikum...

Sejak akhir-akhir ini, banyak kes demam campak di kalangan kanak-kanak. Anak-anak kecil ibu pun tak terlepas daripada  penyakit ini. Pada mulanya anak 1st yang dapat demam campak (mungkin dari nursery kot) kemudian berjangkit pula dengan adik-adik dia (dah 3 org sekaligus dapat...). Jadi terpaksalah ibu dan ayah bercuti secara bergilir-gilir sebab perlu jaga anak-anak kecil ini (nursery xbagi hantar sbb takut berjangkit..).

Ibu baca pasal demam campak a.k.a chicken pox serba sedikit dan info yang dapat ibu kongsi secara ringkas ialah demam ini berpunca daripada virus measles yang menyebabkan gejala respiratori dan ruam pada kulit. Penyakit ini mudah berjangkit melalui udara bila bercakap, bersin & batuk. Tanda-tanda yang ibu perasaan pada anak-anak kecil ibu ialah demam (suhu yang tinggi), selsema & batuk dan banyak ruam kulit pada seluruh badan.

Langkah-langkah yang ibu jalankan dalam Operasi Membanteras demam campak ialah:

1. Pergi klinik untuk dapatkan konsultasi doktor. Hasilnya doktor bagi ubat antiviral, ubat demam, ubat selsema& batuk, ubat gatal dan losyen calamine. Calamine lotion memang ibu sapu sampai licin sebab nak cepatkan ruam (yang berisi air) kecut dan kering.

2. Mandikan anak-anak ibu dengan air daun semambu atau nama saintifiknya Azadirachta indica (sedapkan nama dia..cam nama org). Daun ini ibu ramas-ramas dan campur air. Ibu juga letakkan daun ini ditempat tidur anak-anak dengan dilapik kain lampin. 


3. Ibu guna kain lampin sebagai tuala, lepas lap terus masuk bakul laundry (ibu xguna tuala atau ulang guna lampin tadi). Basuh lampin, tuala, selimut guna dettol.

4. Anak-anak ibu pakai pampers atau seluar sahaja di siang hari untuk elakkan berpeluh. Berpeluh akan membuatkan campak lebih cepat tersebar.

5. Ibu masak masakan berkuah atau sup sahaja untuk anak-anak. Elakkan makanan bergoreng terutama makanan laut seperti sotong & udang dan juga telur.

6.Selepas ruam campak sudah kering, ibu letakkan losyen kulit (jenis cocoa butter) untuk elakkan parut pada muka dan kulit badan. 

Walaubagaimapun, banyak lagi amalan-amalan lain yang dibuat oleh ibu-ibu di seluruh dunia dan ibu-ibu semua boleh praktikkan mengikut kesesuaian. Alhamdulillah, langkah yang telah ibu ambil (seperti diatas) memadai dan berkesan untuk anak-anak kecil ibu.

Sama ada kita sedar atau tidak, anak-anak di Malaysia amat bertuah kerana diberi suntikan imunisasi untuk melawan virus ini pada usia tertentu. Jadi ibu-ibu yang anaknya sedang dilanda demam campak, banyakkan bersabar dan usaha berterusan supaya permata hati kita kembali sihat dan aktif.

OK SYS.

Wednesday, 11 June 2014

Didik anak-anak kecilku

Assalamualaikum..

Alhamdulillah pada umur muda, ibu telah dikurniakan 3 orang cahaya mata. Bercakap pasal ibu muda, mungkin ramai di luar sana yang menjawat jawatan ini kerana berkahwin pada usia muda. Malah menjadi trend  masa kini bernikah pada awal usia.

Pengalaman ibu mempunyai anak 3 orang yang jarak umur antara mereka yang agak rapat (4 thn, 2 thn & 4 bln) amatlah mencabar dan berwarna-warni. Tahap kesabaran yang tinggi perlu diutamakan. Perkongsian ibu pada kali ini ialah pengalaman mendidik dan membesarkan anak-anak kecil yang ramai dan sangat memerlukan perhatian. Berdasarkan pengalaman ibu sendiri, ibu pupuk beberapa perkara ini:

1. Mendidik anak 1st supaya lebih bertanggungjawab dan menyayangi adik-adiknya. Sebagai contoh menugaskan anak supaya menjaga adik-adik sewaktu ibu memasak di dapur. (Mengambil masa yang agak lama untuk membuatkan abg long faham peranannya dan supaya dia menjalankan tugas dgn baik. Sabar & perlu psikologi)

2.Menyebarkan kasih sayang sesama mereka. (Ibu selalu bercakap dengan abg long dan kak ngah bahawa diorang adik-beradik dan saling sayang menyayangi. Minta abg & adik cium pipi masing sebelum tido atau nak keluar rumah)

3. Pupuk sifat pemaaf. (Selalunya selepas diorang bergaduh, ibu anjurkan supaya diorang saling bermaafan supaya tiada perasaan dendam, walaupun diorang masih kecil)

4. Suka berkongsi (Lumrah anak kecil akan bergaduh kerana berebut mainan atau makanan. Ibu selalunya minta diorang berkongsi dan bagi sama rata. Perlu tegas dan tidak berat sebelah)

5. Bekerjasama (Apa yang penting? Kerjasama!...Selalunya ibu suruh abg long & kak ngah tolong ibu angkat baju sama-sama..memang praktikal...)

(sumber Google)

Sebenarnya banyak lagi perkara asas yang perlu diterap dalam diri anak-anak sejak kecil (Mungkin perlu bincang lagi dalam entry lain). Tapi semua perkara diatas amatlah memerlukan usaha yang konsisten dan bersemangat. Semoga ibu-ibu semua tabah dan tidak mudahmengeluh jika dikurniakan anak yang ramai dalam usia muda (termasuk diri ini). Anak itu anugerah.

Semoga bertemu lagi. OK SYS.