Alhamdulillah pada umur muda, ibu telah dikurniakan 3 orang cahaya mata. Bercakap pasal ibu muda, mungkin ramai di luar sana yang menjawat jawatan ini kerana berkahwin pada usia muda. Malah menjadi trend masa kini bernikah pada awal usia.
Pengalaman ibu mempunyai anak 3 orang yang jarak umur antara mereka yang agak rapat (4 thn, 2 thn & 4 bln) amatlah mencabar dan berwarna-warni. Tahap kesabaran yang tinggi perlu diutamakan. Perkongsian ibu pada kali ini ialah pengalaman mendidik dan membesarkan anak-anak kecil yang ramai dan sangat memerlukan perhatian. Berdasarkan pengalaman ibu sendiri, ibu pupuk beberapa perkara ini:
1. Mendidik anak 1st supaya lebih bertanggungjawab dan menyayangi adik-adiknya. Sebagai contoh menugaskan anak supaya menjaga adik-adik sewaktu ibu memasak di dapur. (Mengambil masa yang agak lama untuk membuatkan abg long faham peranannya dan supaya dia menjalankan tugas dgn baik. Sabar & perlu psikologi)
2.Menyebarkan kasih sayang sesama mereka. (Ibu selalu bercakap dengan abg long dan kak ngah bahawa diorang adik-beradik dan saling sayang menyayangi. Minta abg & adik cium pipi masing sebelum tido atau nak keluar rumah)
3. Pupuk sifat pemaaf. (Selalunya selepas diorang bergaduh, ibu anjurkan supaya diorang saling bermaafan supaya tiada perasaan dendam, walaupun diorang masih kecil)
4. Suka berkongsi (Lumrah anak kecil akan bergaduh kerana berebut mainan atau makanan. Ibu selalunya minta diorang berkongsi dan bagi sama rata. Perlu tegas dan tidak berat sebelah)
5. Bekerjasama (Apa yang penting? Kerjasama!...Selalunya ibu suruh abg long & kak ngah tolong ibu angkat baju sama-sama..memang praktikal...)
(sumber Google)
Semoga bertemu lagi. OK SYS.
No comments:
Post a Comment