Thursday, 12 June 2014

Musim Demam Campak

Assalamulalaikum...

Sejak akhir-akhir ini, banyak kes demam campak di kalangan kanak-kanak. Anak-anak kecil ibu pun tak terlepas daripada  penyakit ini. Pada mulanya anak 1st yang dapat demam campak (mungkin dari nursery kot) kemudian berjangkit pula dengan adik-adik dia (dah 3 org sekaligus dapat...). Jadi terpaksalah ibu dan ayah bercuti secara bergilir-gilir sebab perlu jaga anak-anak kecil ini (nursery xbagi hantar sbb takut berjangkit..).

Ibu baca pasal demam campak a.k.a chicken pox serba sedikit dan info yang dapat ibu kongsi secara ringkas ialah demam ini berpunca daripada virus measles yang menyebabkan gejala respiratori dan ruam pada kulit. Penyakit ini mudah berjangkit melalui udara bila bercakap, bersin & batuk. Tanda-tanda yang ibu perasaan pada anak-anak kecil ibu ialah demam (suhu yang tinggi), selsema & batuk dan banyak ruam kulit pada seluruh badan.

Langkah-langkah yang ibu jalankan dalam Operasi Membanteras demam campak ialah:

1. Pergi klinik untuk dapatkan konsultasi doktor. Hasilnya doktor bagi ubat antiviral, ubat demam, ubat selsema& batuk, ubat gatal dan losyen calamine. Calamine lotion memang ibu sapu sampai licin sebab nak cepatkan ruam (yang berisi air) kecut dan kering.

2. Mandikan anak-anak ibu dengan air daun semambu atau nama saintifiknya Azadirachta indica (sedapkan nama dia..cam nama org). Daun ini ibu ramas-ramas dan campur air. Ibu juga letakkan daun ini ditempat tidur anak-anak dengan dilapik kain lampin. 


3. Ibu guna kain lampin sebagai tuala, lepas lap terus masuk bakul laundry (ibu xguna tuala atau ulang guna lampin tadi). Basuh lampin, tuala, selimut guna dettol.

4. Anak-anak ibu pakai pampers atau seluar sahaja di siang hari untuk elakkan berpeluh. Berpeluh akan membuatkan campak lebih cepat tersebar.

5. Ibu masak masakan berkuah atau sup sahaja untuk anak-anak. Elakkan makanan bergoreng terutama makanan laut seperti sotong & udang dan juga telur.

6.Selepas ruam campak sudah kering, ibu letakkan losyen kulit (jenis cocoa butter) untuk elakkan parut pada muka dan kulit badan. 

Walaubagaimapun, banyak lagi amalan-amalan lain yang dibuat oleh ibu-ibu di seluruh dunia dan ibu-ibu semua boleh praktikkan mengikut kesesuaian. Alhamdulillah, langkah yang telah ibu ambil (seperti diatas) memadai dan berkesan untuk anak-anak kecil ibu.

Sama ada kita sedar atau tidak, anak-anak di Malaysia amat bertuah kerana diberi suntikan imunisasi untuk melawan virus ini pada usia tertentu. Jadi ibu-ibu yang anaknya sedang dilanda demam campak, banyakkan bersabar dan usaha berterusan supaya permata hati kita kembali sihat dan aktif.

OK SYS.

No comments:

Post a Comment