Friday, 27 June 2014

Mencari Pengasuh Anak...

Assalamualaikum..

Ibu hantar baby ibu yang paling kecil comel ke rumah pengasuh sejak umur dia 2 bulan. Ibu tidak pula hantar ke nursery sebab anak ibu masih kecil dan amat memerlukan perhatian. Tapi baru-baru ni, pengasuh mahu berhenti  sebab alahan teruk mengandung. Maka terpaksalah ibu cari pengasuh baru untuk baby ibu. Mencari pengasuh yang sesuai dan selamat amatlah penting sebab seharian kita tinggalkan anak kita di bawah jagaan pengasuh.

Ibu selalunya akan titik beratkan perkara seperti di bawah ni:

1.Pertemuan pertama ibu dan pengasuh. Pergi ke rumah pengasuh dan tengok keaadaan rumahnya. (Kemas dan bersih amat diutamakan. Tempat untuk anak kita membesar)

2. Keserasian antara ibu dan pengasuh. Bercakap-cakap perihal anak kita dan cara-cara menjaganya (Tengok reaksi pengasuh sama ada dia selesa dengan perihal anak kita. Sebab anak ibu minum susu ibu, maka penjagaan anak yang fully breastfeed adalah bebeza. Jangan lupa ambil kira instinct kita sebagai ibu)

3. Cara pengasuh menjaga dan mengawal anak sendiri. (Daripada cara pengasuh jaga anaknya sendiri kita dapat tengok kecekapan dia mengasuh dan layanan yang dia berikan kepada anak-anak kecil)

4.Pendapat kawan/ jiran tetangga pengasuh. (Kalau bekesempatan, bercakap-cakaplah dengan kawan/jiran pengasuh bertanyakan pendapat mereka terhadap pengasuh tersebut. Tapi jangan terlalu percaya 100% kalau perkara-perkara negatif yang disebutkan. Cuba siasat dulu.)

5. Situasi hari pertama anak di rumah pengasuh. (Ringankan mulut untuk bertanya keadaan anak pada hari pertama kita menghantar anak ke rumah pengasuh untuk pastikan pengasuh dapat meluahkan atau bertanya perihal anak kita yang mungkin tidak difahami oleh pengasuh. Selalunya pengasuh yang mahir tidak mengadu kepada ibu bapa tetapi cuba memahami anak kita dan mengawal keadaan. Nasib baiklah anak ibu tak banyak karenah.)

6. Hubungan yang baik dengan pengasuh. (Bukanlah sampai tahap mengampu pengasuh tetapi sekurang-kurangnya dengarlah pandangan pengasuh dalam perihal menjaga anak dan hargai kudrat pengasuh dalam mengasuh anak kita. Lagi baik jika sekali sekala kita beri hadiah/ buah tangan kepada pengasuh.)

7. Penuhi keperluan pengasuh.(Cuba lengkapkan keperluan yang diminta oleh pengasuh sebagai contoh anak ibu yang minum susu ibu, maka pengasuh perlukan warmer untuk panaskan susu ibu dengan cepat. Pengasuh juga mungkin perlukan tilam dan bantal yang lebih untuk tidurkan anak kita dengan lebih selesa)

8. Tawakal dan Berdoa.(Letakkan pengharapan kita kepada Allah setelah berusaha. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui)

Walau bagaimanapun, ibu-ibu yang mengasuh dan mendidik anak-anak sendiri adalah yang terbaik. Bagi ibu bekerjaya, semoga kita cemerlang dalam mendidik anak-anak. Amin.

OK SYS.

No comments:

Post a Comment