Assalamualaikum.
Putera ibu yang sulung berusia 4 tahun, abglong, seorang yang suka bercakap dan bertanya. Masalahnya ialah abglong sering tergagap dan mengulang-ulang cakap apabila mula bersuara. Ibu sering tertunggu-tunggu apa yang ingin dicakapkan oleh abglong. Kesabaran yang tinggi amatlah diperlukan. Adakah abglong memang gagap atau memang anak-anak seusianya mengalami masalah yang sama. Sebagai seorang ibu, perkembangan fizikal dan mental anak adalah keutamaan.
Ibu perasan apabila dia memulakan percakapan, perkataan pertama akan diulang-ulang beberapa kali. Kadang-kadang apabila terlalu ingin cepat bercakap menjadikan dia gagap dan membuatkan ibu berasa geram. Seolah-olah perkataan itu tersangkut dalam kerongkong.
"Ibuu..ibuu..ibuu.. abglong lapar"
"Kenapa..kenapa...kenapa adik nangis"
Daripada pembacaan ibu, kidshealth.org menerangkan bahawa:
1. Anak berusia 2-5 tahun akan bercakap gagap dan berulang-ulang perkataan dan suku kata
2. Gagap akan hilang dengan sendiri apabila mencecah usia 5 tahun (normal)
3. Kekal gagap setelah usia tersebut dan dikategorikan sebagai masalah pertuturan
Ibu risau jika abglong berterusan gagap dan akan memberi kesan kepada personaliti dan keyakinan dirinya. Tambahan pula, abglong akan mula ke kindergarten pada tahun depan. Maka ibu telah mencuba beberapa inisiatif sendiri:
1. Pegang bahu anak dan tegur cara anak bercakap secara lembut. (Sayang, cakap sekali je. Tak mau ulang-ulang)
2. Beritahu anak supaya tarik nafas sebelum bercakap.
3. Kemudian, ulang/ajar ayat yang hendak dicakapkan oleh anak tadi dalam sekali cakap.
Anak: Ibu..ibu...ibu buat apa tu?
Ibu: Ibu buat apa tu?
4. Minta anak tiru/cakap ayat yang kita ajarkan tadi.
In Shaa Allah anak akan perlahan- lahan belajar cakap lebih teratur dan tidak gagap. Elakkan daripada memarahi anak jika anak masih lagi gagap, ini akan memburukkan lagi keadaan. Bersabar dan berdoa.
Alhamdulillah, ibu dapat perhatikan usaha ibu mendatangkan hasil walaupun masih belum sempurna. Selain itu, ibu juga banyakkan bercerita kepada anak-anak bagi menambahkan vocabulary mereka. Galakkan anak bercerita kepada kita bagi memastikan mereka semakin lancar berbicara.
Semoga tips dan kaedah ibu ini dapat membantu. Seeloknya dapatkan nasihat pakar terapi pertuturan yang bertauliah bagi kes yang lebih serius. Kaedah di atas hanyalah idea ibu yang dicuba ke atas anak-anak ibu.
OK. Do Your Best and Lets Allah Do the Rest.
No comments:
Post a Comment