Assalamualaikum
Ibu teringat cerita kawan sepejabat ibu yang suaminya terpaksa bekerja di hari lebaran yang lalu dek kerana kes demam denggi meningkat dan tertinggi di Selangor. Merujuk kepada portal rasmi Kementerian Kesihatan, statistik minggu ke-32 tahun 2014 kes meningkat sebanyak 62% dari minggu sebelumnya dan ada kes yang menyebabkan kematian.
Berdasarkan pembacaan ibu, demam denggi disebabkan oleh virus yang merebak melalui gigitan nyamuk aedes aegypti. Nyamuk ini selalunya aktif menghisap darah pada waktu senja.
(sumber: Wikipedia)
Antara tanda- tanda awal yang boleh dikenalpasti ialah:
1. Demam kuat yang berlarutan selama 2-7 hari (suhu badan 40-41 C)
2. Ruam merah
3. Muntah dan kurang selera makan
1. Demam kuat yang berlarutan selama 2-7 hari (suhu badan 40-41 C)
2. Ruam merah
3. Muntah dan kurang selera makan
Syukur, anak-anak ibu masih cergas dan tidak menunjukkan tanda-tanda tersebut. Walau bagaimanapun, ibu turut mengambil langkah berjaga-jaga dalam memastikan anak-anak terhindar daripada gigitan nyamuk.
1. Memasang kelambu pada waktu malam (sekarang ada kelambu khemah yang mudah dipakai)
2. Pastikan anak-anak tidak lagi bermain di taman permainan atau luar rumah pada lewat petang (air bertakung tempat nyamuk membiak)
3. Pakaikan anak baju dan seluar tidur yang menutup tubuhnya (minima kan digigit nyamuk)
4. Sapu minyak serai wangi pada anggota badan anak untuk mengelakkan nyamuk datang dekat ataupun pakai repellent yang lain
5. Pastikan tidak menyimpan terlalu banyak barang dalam rumah dan kemaskan (elak nyamuk bersembunyi di situ)
6. Hapuskan tempat pembiakan nyamuk
Ibu-ibu perlu memberi perhatian serius kepada kes demam denggi ini terutama di kawasan hotspot denggi dan terus berjumpa pakar kesihatan sekiranya terdapat tanda yang berpotensi sebagai demam denggi. Bersamalah kita perangi aedes.
No comments:
Post a Comment